🇲🇾 Jerez, Sepanyol | 1 Jun 2025 – Pada sesi Free Practice 1 dan 2 yang berlangsung pada hari Jumaat, Danish menunjukkan prestasi yang meyakinkan dengan mencatatkan masa peribadi terpantas 1:45.545 saat.
Sesi Qualifying pula berlangsung dengan agak mencabar apabila Danish berada dalam kelompok pertengahan kumpulan yang besar, sekaligus menyukarkan peluang untuk memintas dan mencatat masa terbaik.
Race 1 dimulakan dalam keadaan cuaca yang baik. Danish memulakan perlumbaan dengan cukup agresif sebaik sahaja lampu hijau dipadamkan. Di pertengahan perlumbaan, beliau berjaya berada di kedudukan ke-8 dan mengetuai kelompok kedua. Danish mengekalkan konsistensi dan berjaya mencatat masa peribadi terpantas 1:45.383 saat — 0.162 saat lebih laju berbanding sesi Free Practice. Danish menamatkan perlumbaan Race 1 di tempat ke-9.
Race 2 pula berlangsung dengan sengit dari awal hingga ke garisan penamat. Bermula di petak ke-13, Danish menunjukkan tunggangan yang agresif sejak awal perlumbaan. Menjelang lap ke-7, Danish sudah pun berada di kedudukan ke-8 dalam kelompok kedua bersama lapan pelumba lain yang bersaing rapat untuk tempat ke-5.
Perlumbaan menjadi semakin mendebarkan apabila berlaku aksi saling memintas. Dengan hanya dua pusingan berbaki, Danish berada di tempat ke-10 sebelum memintas satu demi satu pelumba sehingga ke garisan penamat yang berada di kelompok kedua sekaligus mengetuai kelompok sehingga kegarisan penamat.
Danish menamatkan Race 2 di tempat ke-5 dan kedudukan keseluruhan dari tempat ke-2 turun ditempat ke-4 bagi kedudukan keseluruhan dengan perbezaan 37 mata dengan pendahulu kejuaraan Brian Uriarte dari Sepanyol.
Perlumbaan seterusnya untuk Hakim Danish iaitu pada Sabtu & Ahad ini untuk Redbull MotoGP Rookies Cup yang berlangsung di Aragon, Sepanyol. Manakala bagi FIM JuniorGP World Championship Pusingan 3 akan berlangsung pada 5 dan 6 Julai bertempat Circuit de Nevers Magny Cours,Perancis.
🇬🇧 Jerez, Spain | 01 June 2025 – During Free Practice sessions 1 and 2 held on Friday, Danish delivered a promising performance, recording his personal best time of 1:45.545.
The Qualifying session proved to be quite challenging, as Danish found himself in the middle of a large group, making it difficult to overtake and set a strong lap time.
Race 1 began in good weather conditions. Danish made an aggressive start as soon as the lights went out. Midway through the race, he managed to climb to 8th position, leading the second group. He maintained consistency and recorded his personal best time of 1:45.383 — 0.162 seconds faster than in Free Practice. Danish completed Race 1 in 9th place.
Race 2 was intense from start to finish. Starting from 13th on the grid, Danish showed aggressive riding from the early laps. By lap 7, he had worked his way up to 8th place in the second group, which comprised eight riders closely battling for 5th position.
The race grew more thrilling with frequent overtaking manoeuvres. With only two laps remaining, Danish was in 10th position before overtaking one rider after another, eventually finishing in the second group and leading that group across the finish line.
Danish completed Race 2 in 5th place. His overall standing dropped from 2nd to 4th in the championship, with a 37-point gap behind the current leader, Brian Uriarte from Spain.
Hakim Danish’s next race will be this Saturday and Sunday in the RedBull MotoGP Rookies Cup, taking place in Aragon, Spain. Meanwhile, Round 3 of the FIM JuniorGP World Championship will be held on 5 and 6 July at Circuit de Nevers Magny Cours, France.




#13 Hakim Danish
SIC Racing – MSI
🇲🇾 “Pada Race 1 saya tamat di P9 dan Race 2 di P5. Secara keseluruhan, saya gembira dengan kemajuan saya minggu ini, tetapi kurang berpuas hati dengan keputusan perlumbaan kerana jurang dengan pelumba di hadapan masih jauh. Saya perlu perbaiki dari segi setup jentera dan juga diri saya sendiri. Saya akan terus berusaha untuk perlumbaan FIM JuniorGP seterusnya di Round 3, Magny Cours, Perancis. Minggu depan pula saya akan berlumba dalam Round 3 RedBull MotoGP Rookies Cup di Aragon, Sepanyol. Doakan kejayaan saya.”
🇬🇧 “In Race 1, I finished P9 and in Race 2, P5. Overall, I’m pleased with my progress this week, but not entirely satisfied with the race results as the gap to the riders in front was still quite big. I need to improve both the setup of the bike and myself. I’ll keep working hard for the next FIM JuniorGP race in Round 3 at Mogny Cours, France. Next week, I’ll also be racing in Round 3 of the RedBull MotoGP Rookies Cup in Aragon, Spain.”

Zulfahmi Khairuddin
Pengurus Pasukan SIC Racing – MSI
🇲🇾 “Kita telah menamatkan dua perlumbaan hari ini, dan ada banyak perkara positif yang boleh diambil daripada round ini. Saya rasa untuk round seterusnya, ada beberapa perkara yang perlu kami perbaiki, terutamanya dalam sesi Qualifying. Prestasi Hakim Danish semasa Free Practice sangat kompetitif, namun kesilapan kami dalam sesi Qualifying minggu ini menyebabkan beliau bermula di petak ke-13, yang menyukarkan usaha untuk ke depan. Saya harap kami dapat perbaiki perkara ini dipusingan hadapan dan kembali bersaing dalam kelompok hadapan. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong, teruskan beri sokongan untuk perlumbaan seterusnya di RedBull MotoGP Rookies Cup di Aragon minggu hadapan.”
Zulfahmi Khairuddin
Team Manager – SIC Racing-MSI
🇬🇧 “We’ve completed two races today, and there are plenty of positives to take from this round. I believe there are a few areas we need to improve for the next round, especially during Qualifying. Hakim Danish showed strong pace during Free Practice, but a mistake during this week’s Qualifying session meant he had to start from 13th on the grid, which made it difficult to move forward. Hopefully, we can improve in this area in the next round and get back to fighting at the front. Thank you to everyone for your continuous support, please keep supporting us in the next race at the RedBull MotoGP Rookies Cup in Aragon next week.”

