RACE 1
🇲🇾 10 Mei 2025, Litar Le Mans, France – Race 1 menyaksikan aksi penuh debaran apabila pelumba muda berbakat, Hakim Danish, dikenakan hukuman Long Lap Penalty susulan insiden perlanggaran dengan pelumba Vietnam, Luca Agostinelli. Namun begitu, Danish tetap menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang minggu perlumbaan apabila mencatat masa terpantas secara konsisten dalam sesi Free Practice 1, Free Practice 2, dan sesi Qualifying.
Sebaik sahaja lampu isyarat padam, Danish meluru pantas ke Turn 1 namun diasak di Turn 3 yang menyebabkan beliau turun ke kedudukan keempat. Tidak berputus asa, beliau kembali mengekori rapat kumpulan hadapan dan mula mendekati pendahulu perlumbaan, Brian Uriarte. Di pusingan ketiga, Danish melaksanakan Long Lap Penalty dengan baik dan turun ke tempat kelima.
Danish kekal konsisten dari satu pusingan ke pusingan seterusnya, dan pada lap ke-7, beliau berjaya memintas Brian untuk mendahului perlumbaan. Namun, satu kesilapan kecil pada lap ke-9 membuka peluang buat Brian untuk merampas semula kedudukan di hadapan.
Danish terus mengekori rapat sehingga perlumbaan terpaksa dihentikan pada lap ke-11 akibat insiden kemalangan melibatkan pelumba lain. Keputusan perlumbaan diambil berdasarkan kedudukan pada lap sebelumnya, sekali gus mengekalkan Danish di tempat kedua.
RACE 2
🇲🇾 11 Mei 2025, Litar Le Mans, France – Hujan di awal pagi menjadikan Race 2 berlangsung dalam suasana penuh dramatik di atas litar yang basah. Sebaik sahaja lampu isyarat padam, Hakim Danish memulakan perlumbaan dengan baik, namun sebaik tiba di Turn 3, beliau terjatuh dan terlibat dalam perlanggaran dengan pelumba Sepanyol, Brian Uriarte.
Tidak berputus asa, Danish segera bangkit dan menyambung perlumbaan walaupun berada di kedudukan ke-22. Bermula dari lap ke-2, beliau mula memintas satu demi satu pelumba dan berjaya menaikkan kedudukan ke tempat ke-13. Aksi-aksi mendebarkan mewarnai perlumbaan ini, termasuk insiden hampir high-side oleh Danish serta beberapa kemalangan lain akibat keadaan litar yang licin.
Walaupun beraksi dalam keadaan mencabar, Danish menunjukkan rentak yang sangat konsisten dan semakin pantas pada setiap lap. Menjelang lap ke-5, beliau telah pun berada di kedudukan ke-5, sambil diekori rapat oleh pelumba lain. Bermula dari lap ke-7, Danish mula membina jurang dengan pelumba di belakang, dan pada lap ke-12, beliau berjaya naik ke tempat kedua selepas Carter Thompson terjatuh.
Danish akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat kedua — satu kebangkitan luar biasa yang membuktikan semangat juang dan kecekalan tinggi dalam diri pelumba muda ini.
Perlumbaan Redbull MotoGP Rookies Cup seterusnya akan berlangsung pada 07 & 08 Jun 2025 bertempat di Aragon, Sepanyol.
RACE 1
🇲🇾 11 May 2025, Circuit Le Mans, France – Race 1 delivered a thrilling spectacle as young Malaysian talent Hakim Danish was handed a Long Lap Penalty following a collision incident with Vietnamese rider Luca Agostinelli. Despite the setback, Danish had an impressive start to the race weekend, having consistently topped the timesheets in Free Practice 1, Free Practice 2, and Qualifying.
As the lights went out, Danish made a lightning start into Turn 1 but came under pressure at Turn 3, which pushed him down to fourth place. He quickly regrouped and began chasing the leading group, eventually closing in on race leader Brian Uriarte. On lap 3, Danish served his Long Lap Penalty smoothly, rejoining the race in fifth position.
Demonstrating remarkable consistency, Danish worked his way back up and made a decisive move on lap 7 to overtake Brian and take the lead. However, a slight mistake on lap 9 allowed Brian to reclaim the front position.
Danish continued to stay close behind, but luck was not on his side as the race was red-flagged on lap 11 due to an incident involving another rider. The final results were based on the standings from the previous lap, confirming Danish’s position in second place.
RACE 2
🇲🇾 11 May 2025, Circuit Le Mans, France – A rainy morning set the stage for a dramatic Race 2 held on a wet track. As the red lights went out, Hakim Danish got off to a strong start, but disaster struck at Turn 3 when he crashed and collided with Spanish rider Brian Uriarte.
Refusing to give up, Danish quickly got back on his bike and rejoined the race, albeit in 22nd position. From lap 2 onwards, he began overtaking rider after rider, climbing up to 13th place. The race was filled with heart-stopping moments, including a near high-side by Danish and several other crashes due to the slippery conditions.
Despite the challenges, Danish maintained an impressively consistent pace, growing faster with each lap. By lap 5, he had worked his way up to fifth place, with several riders close behind. From lap 7, Danish started to pull away, creating a gap from the chasing pack. On lap 12, he moved up to second place following a crash by Carter Thompson.
Danish crossed the finish line in second place, a remarkable comeback that showcased his fighting spirit and determination in the face of adversity.
The next Red Bull MotoGP Rookies Cup race will take place on 7th and 8th June 2025 at Aragon, Spain.

RACE 1
|
RACE 2
|
CHAMPIONSHIP STANDING
1.Hakim Danish, Malaysia : 80 pts
2. Benat Fernandez, Spain : 57pts
3. Brian Uriarte, Spain : 50 pts
4. Carter Thompson, Australia : 48 pts
5. Marco Morelli, Argentina – 47 pts
#13 Hakim Danish
🇲🇾 “Race 1 di Le Mans bermula dengan baik. Di awal perlumbaan, saya cuba untuk mencipta jurang dan mengekalkan rentak bersama Brian Uriarte. Saya juga perlu melengkapkan Long Lap Penalty dalam tiga pusingan pertama. Secara keseluruhan, saya rasa pace saya agak baik dalam perlumbaan ini. Malangnya, perlumbaan dihentikan dengan red flag empat lap sebelum tamat, dan saya menamatkan saingan di tempat kedua.
Race 2 pula bermula dengan kurang baik apabila saya terjatuh di awal perlumbaan. Saya segera bangun, angkat motor dan cuba memotong sebanyak mungkin pelumba. Saya rasa sangat yakin sepanjang perlumbaan. Motivasi saya ketika itu ialah untuk kekal tenang, sebab bila kita tenang, kita boleh jadi lebih laju. Secara keseluruhan, ini adalah perlumbaan yang sangat baik bagi saya.”
🇬🇧“Race 1 in Le Mans started off well. Early in the race, I tried to pull away and maintain the pace with Brian Uriarte. I also had to serve a Long Lap Penalty within the first three laps. Overall, I felt my pace was quite strong in this race. Unfortunately, the race was red-flagged with four laps to go, and I finished in second place.
Race 2 didn’t start as well, as I crashed early on. I quickly got up, picked up the bike and tried to overtake as many riders as I could. I felt really confident throughout the race. My motivation was to stay calm — because when we’re calm, we can go faster. Overall, I think this was a very good race for me.”

