Danish hanya sempat berada di Malaysia selama enam hari sebelum berangkat semula ke Sepanyol pada 27 Mei 2025 untuk membuat persiapan bagi menghadapi Pusingan Kedua FIM JuniorGP World Championship.
Pusingan kedua ini akan berlangsung dari Jumaat hingga Ahad di Circuito de Jerez, Sepanyol, litar sepanjang 4.42km dengan 8 selekoh kanan, 5 selekoh kiri dan laluan lurus sepanjang 607 meter. Menariknya, litar ini turut menjadi gelanggang bagi Pusingan Pertama Red Bull MotoGP Rookies Cup sebelum ini, di mana Danish berjaya mengekalkan kedudukan tempat kedua dalam kedua-dua perlumbaan. Pengalaman ini tentunya memberi kelebihan buat Danish untuk mencabar podium sekali lagi minggu ini.
Turut serta bersama Hakim di Sepanyol ialah Pengurus Pasukan SIC Racing-MSI, Zulfahmi Khairuddin, yang berlepas dari Malaysia pada Selasa, 27 Mei 2025. Kehadiran Zulfahmi dijangka memberi suntikan semangat serta menjadi penghubung utama antara pasukan dan pelumba bagi memastikan segala urusan berjalan lancar demi prestasi terbaik.
Untuk pusingan ini, dua perlumbaan akan berlangsung pada hari Ahad dan akan disiarkan secara langsung menerusi platform YouTube dan Facebook rasmi kejohanan.
Youtube Live Streaming:
🔗 https://www.youtube.com/live/RQaIGrKxQXM?si=bDaPmdiwMVzaRO4i
Facebook Live Streaming:
🔗 https://www.facebook.com/share/16WaV7cKhA/
🇬🇧 Jerez, Spain | 28 May 2025 — Hakim Danish returned to Malaysia on 18 May 2025 after a packed racing and testing schedule that began on 23 March. The young Malaysian rider competed in the Red Bull MotoGP Rookies Cup (1 official test, 2 rounds with 4 races) and the FIM JuniorGP World Championship (3 private tests, 1 round with 1 race). His hard work and determination paid off, as he secured second place podium finishes in all the races he competed in.
Spending only six days in Malaysia, Danish is now en route back to Spain on 27 May 2025 to prepare for Round 2 of the FIM JuniorGP World Championship.
The second round will take place this weekend, from Friday to Sunday, at Circuito de Jerez in Spain, a 4.42km track featuring 8 right-hand corners, 5 left-hand corners, and a 607-metre straight. Notably, this is the same circuit used for Round 1 of the Red Bull MotoGP Rookies Cup, where Danish claimed P2 in both races. This previous experience is expected to give him an edge as he returns to familiar ground.
Joining Danish this week is SIC Racing-MSI Team Manager, Zulfahmi Khairuddin, who departed Malaysia for Spain on Tuesday, 27 May 2025. His presence is set to provide valuable support and serve as a key link between the team and the rider to ensure smooth operations and optimal performance.
This round will feature two races on Sunday, both of which will be streamed live on the official YouTube and Facebook platforms.
Youtube Live Streaming:
🔗 https://www.youtube.com/live/RQaIGrKxQXM?si=rScnOtTl8OIGVMnn
Facebook Live Streaming:
🔗 https://www.facebook.com/share/16WaV7cKhA/
The full race schedule in Malaysian time is attached below.

Zulfahmi Khairuddin
Pengurus Pasukan SIC Racing – MSI
🇲🇾“Minggu ini merupakan pusingan FIM JuniorGP di Litar Jerez. Tahun lalu, Danish menamatkan perlumbaan di tempat ke-8. Namun untuk pusingan kali ini, Danish dan pasukan telah membuat persiapan awal termasuk Private Test sebelum beliau pulang ke Malaysia. Harapan kami adalah untuk mencapai penamat podium minggu ini. Sudah tentu tumpuan juga akan diberikan kepada Brian Uriarte, agar kami dapat mengikuti rentaknya dan mencari peluang untuk memintas Brian.”
🇬🇧 “This week marks the FIM JuniorGP round at the Jerez Circuit. Last year, Danish finished the race in 8th place. However, for this round, Danish and the team have made early preparations, including a private test before he returned to Malaysia. Our hope is to secure a podium finish this week. Of course, we will also be focusing on Brian Uriarte — aiming to match his pace and look for opportunities to overtake him on track.”


